Wednesday 24 January 2018

Kisah di sebalik Pok Ya Cong Codei

Cerita Pok Ya Cong Codei arahan Sabri Yunus terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd mendapat sambutan hebat.

Telefilem yang dibarisi pelakon Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mustapha Kamal, Saidi Sabri dan Hadi Nawawi mengisahkan Pok Ya (lakonan Sabri Yunus) merupakan seorang samseng gedebe di Kelantan. Dia mendapat tugasan untuk mencari anak seorang peniaga yang diculik di Kuala Lumpur.

Cong Codei adalah sebutan diucapkan Pok Ya apabila ingin memberitahu kepada rakan (anak buahnya) nama hotel tempat dia tinggal. Nama sebenar hotel tersebut ialah Hotel Concorde Shah Alam.

Dalam borak-borak dengan rakan-rakan mengenai telefilem itu, tersebutlah bahawa sebutan cong codei  itu memang pernah berlaku.

Mengikut kisah kawan itu, sekitar tahun 1997, ketika hotel itu baru siap dibina dan menjadi satu mercu tanda Shah Alam.

Kawan kepada yang bercerita itu mengatakan seorang rakannya menelefon ajak berjumpa.  Tetapi, kawan itu tidak mengetahui nama tempat itu.

Lalu, untuk menyatakan atau menggambarkan tempat itu, maka diberitahu bahawa dia berada berhampiran dengan satu hotel yang disebutnya sebagai cong codei.

Si yang mendengar sebutan itu tidak dapat mengagak nama sebenar tempat itu, sehinggalah disuruh agar mengeja nama hotel itu.

Sebutan cong codei kemudiannya menjadi bahan gurauan.

Ada pun sama ada cerita itu betul atau tidak, penulis tidak dapat pastikan. 

Dan tidak diketahui juga bagaimana Sabri Yunus mendapat ilham menggunakan perkataan cong codei

No comments:

Post a Comment