Sunday 14 January 2018

KADAR KEMISKINAN MALAYSIA PALING RENDAH

CIA World Factbook 2017 melaporkan kadar kemiskinan di Malaysia adalah yang paling rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Nilai kemiskinan negara berada hanya pada 3.8 peratus berbanding Vietnam dan Indonesia (11.3 peratus),  Thailand (12.6 peratus), Laos (22 peratus), Filipina (25.2 peratus) dan Myanmar (32.7 peratus).

Kedudukan Malaysia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara yang mempunyai nilai kemiskinan paling tinggi, Syria (82.5 peratus), Madagascar (75.3 peratus) dan Zimbabwe (72.3 peratus).

Rakyat seharusnya  rasa bersyukur dengan kejayaan negara kita menjaga kesejahteraan hidup rakyat.

Menurut laporan itu juga, Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita Malaysia adalah sebanyak ($27,200), jauh lebih baik dari negara serantau yang lain seperti Thailand ($16,800), Indonesia ($11,700), Filipina ($7,700), Vietnam ($6,400), Myanmar ($6,000), dan Laos ($5,700).

Pencapaian Malaysia itu berbeza daripada persepsi sesetengah pihak yang menganggap negara tertinggal berbanding negara jiran.

Hakikatnya, Malaysia telah  mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang cukup baik berbanding negara-negara jiran.

Samuel P. Huntington dalam bukunya “Political Order in Changing Societies” menyatakan satu cara untuk menilai pembangunan politik sesebuah negara ialah dengan melihat kepada pertumbuhan ekonominya.

Indeks pengukuran yang beliau gunakan ialah pendapatan per kapita dan kadar kemiskinan.

Dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, rakyat bakal menikmati kehidupan lebih baik pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment