Sunday 24 December 2017

SUAMI BUNUH DIRI KERANA ISTERI MINTA CERAI


Akibat  perselisihan faham dan kecewa selepas isteri minta cerai, seorang lelaki nekad menggantung diri di kawasan berdekatan sebuah rumah. Itu permulaan berita di sebuah akhbar tempatan.

Persoalanya, mengapa perkara begitu berlaku? Masalah rumah tangga tentu ada jalan penyelesaian dengan baik. Tidak perlu sampai bunuh diri.

Bunuh diri bukan jalan penyelesaian. Masih banyak cara lain boleh dilakukan. Paling ‘buruk’ penyelesaian ialah perceraian. Putuskan ikatan perkahwinan dan bukannya putuskan nyawa di badan.

Perceraian dibenarkan atau harus. Bunuh diri adalah haram atau berdosa besar.

Dinasihatkan, jika ada masalah dalam keluarga, bawa bincang dengan baik. Ibu bapa atau saudara mara tidak perlu masuk campur, kecuali atas niat untuk menyatukan.

Ada kes ibu bapa dan saudara mara masuk campur hingga menyebabkan keadaan lebih buruk. Memberi tekanan kepada pihak yang tidak disukai. Maka keadaan menjadi lebih kusut.

Banyak kes perceraian berlaku disebabkan campur tangan ibu bapa dan keluarga. Mereka meruntuhkan dan mendatangkan bala kepada mahligai sedia ada.

No comments:

Post a Comment