Saturday 30 December 2017

KHASIAT LABU SIAM

Labu siam atau dipanggil juga labu jepun sejenis sayuran yang kaya khasiat. Labu siam memiliki bentuk seperti buah pear berwarna hijau. Kajian dilakukan pensyarah Universiti North Florida, Amerika Syarikat  mendapati kebaikan labu siam kaya vitamin, serat dan mineral. Manfaat labu siam juga rendah kalori.

Antara khasiat atau manfaat memakan labu siam ialah:
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Mengelak kecacatan bayi dalam kandungan.
- Mengurangkan kadar kolestrol.
- Sumber anti oksidan.
- Menurunkan berat badan.
- Sumber tenaga.
- Mencegah barah.
- Mengatasi sembelit.
- Menurunkan kadar sakit jantung.

Cara memakan labu siam sama seperti jenis sayur lain. Sesuai juga dijadikan jus.

Semoga kita dapat membanyakkan sayur-sayuran dalam menu harian kita untuk kesihatan unggul.

1 comment: