Pergi
kenduri kahwin biasa nasinya dua atau tiga jenis. Satu nasi putih, nasi minyak
dan nasi hujan panas.
Tiga
jenis nasi berbeza, tetapi lauknya boleh dipadankan dengan ayam masak merah,
kuah kari, dalca, acar, ikan kering dan sebagainya. Boleh pilih ikut cita rasa
masing-masing.
Nasi
putih dan nasi minyak memang berbeza rasanya. Namun, nasi putih dan nasi hujan
panas sebenarnya tiada berbeza rasanya. Berbeza hanya pada warnanya.
Nasi
hujan panas ada beberapa warna. Biasanya warna putih, merah, kuning dan hijau.
Ada juga yang tambah warna-warna lain untuk nampak lebih berwarna warni.
Mengapa
dinamakan nasi hujan panas? Tidak ada penjelasan rasmi atau sejarah sahih
mengenai sebab ia dikenali dengan nama nasi hujan panas.
Namun
ada yang mendakwa, dinamakan nasi hujan panas adalah merujuk kepada pelangi
yang ada tujuh warna. Pelangi akan muncul jika hujan berlaku pada waktu cuaca
panas atau cerah.
Walaupun
warna pelang ada tujuh warna iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan
ungu, warna nasi hujan panas hanya ada merah, kuning dan hijau, selain warna
asal putih.
Pelangi
merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya
(hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun.
Ia
merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung
paling luar dan ungu di lengkung paling dalam.
Mengikut
urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi
dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah
pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan.
Ia
berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera.
Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi.
Fenomena
pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air
pada hari yang cerah.
No comments:
Post a Comment