Taubat
membolehkan manusia memperbaharui janjinya dengan Allah untuk menjauhi segala
perbuatan dosa dan maksiat dan seterusnya pertingkatkan keazaman beristiqamah
serta beriltizam melaksanakan ketaatan penuh keikhlasan kepada Allah.
Sehubungan
itu, Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan dilakukan hamba-Nya yang
hatinya masih beriman kepada-Nya kecuali dosa syirik. Biarpun sebesar mana
dosa yang dilakukan, Allah tetap mengampunkan.
Firman
Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hambaKu yang
telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah juga Yang Maha Pengampun lagi
Maha Mengasihani." (Surah azz-Zumar, ayat 53)
Jika
ia melibatkan dosa syirik, biarpun tidak diampunkan, tidak pula bermakna
peluang untuk memperbaiki diri tertutup langsung. Dosa syirik dihapuskan
melalui pengakuan mengesakan Allah atau mengucap dua kalimah syahadat.
Manakala
dosa melibatkan sesama manusia, dosa itu perlulah diampunkan oleh orang yang
berkenaan.
Sebagai contoh, jika ia berkaitan dosa mengumpat atau fitnah, maka untuk
menghapuskan dosa itu maka hendaklah mendapat kemaafaan daripada orang yang
diumpat atau difitnah itu.
Sebab
itu, kita dinasihatkan agar berhati-hati dalam hubungan sesama manusia. Tentulah
amat sukar untuk kita memohon kemaafan sesama manusia, tambah lagi ia
melibatkan jumlah orang yang terlalu banyak.
Namun
begitu, bagi siapa yang menyedari betapa banyak dosa yang telah dilakukan
sesama manusia dan merasakan tidak mungkin dapat memohon kemaafan dari setiap
individu yang telah dibuat kesalahan, maka tetap bertaubat memohon keampunan
terus kepada Allah.
No comments:
Post a Comment