Belalang
sejenis serangga berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan
pokok ataupun rumput. Makanan utama belalang ialah daun muda.
Belalang dianggap
sebagai serangga perosak kepada tanaman. Serangan belalang dalam jumlah yang banyak
mendatangkan kerugian besar kepada petani.
Belalang
banyak jenis. Ada orang panggil belalang perah, belalang rusa, belalang padi, belalang
kunyit, belalang sudu senung, belalang pelesit, belalang hijau, mentadak, mentadu,
cengkadak, belalang mak dara, belalang dewa dan belalang kerek. Itu semua panggilan dalam dialek Kelantan. Nama
di tempat lain mungkin berbeza.
Belalang
yang gambarnya di atas itu dinamakan belalang kacung. Itu nama yang ambo panggil.
Mungkin nama di tempat lain berbeza.
Dewan
Bahasa Edisi Keempat mendefinisi kacung; belalang kacung sejenis belalang,
cengkadak, cencadu, mentadak; kancung.
Masa
dahulu, ambo igat (tangkap) belalang kacung untuk dijadikan umpan tahan tauk
atau memancing. Biasanya belalang kacung menjadi kegemaran ikan haruan dan ikan
keli.
Ada
jenis belalang yang menjadi kegemaran untuk dimakan iaitu belalang kunyit. Memang
agak unik apabila harga belalang ini telah mencecah sebanyak RM70 sekilogram.
Makan
belalang memang sudah lama diamalkan dalam masyarkat Melayu. Dahulu penduduk akan
menangkap sendiri di kawasan sawah. Belalang mudah ditangkap pada waktu malam kerana
ia tidak aktif pada waktu itu.
Belalang
kunyit banyak terdapat di kawasan tanaman padi ataupun kawasan yang terdapat pokok
rumput dan menerung.
Cara menangkap belalang melalui dua kaedah terbaik iaitu
dengan menangkap seekor demi seekor menggunakan tangan ataupun menebar jaring
yang diperbuat daripada guni.
Salam
ReplyDelete