Thursday, 30 July 2026

IKAN KENERAK HIDUP DI SUNGAI BERARUS

 
Ikan kenerak. Ikan kenerak (Bagarius lica) hidup di kawasan yang mempunyai arus yang pelbagai dan kadar oksigen terlarut yang tinggi. Sebab itu, ia biasanya ditemui di sungai-sungai yang agak berbatu atau ada arus yang cukup kuat dan sesuai dengan keperluannya.

Di Malaysia, ikan ini hanya pernah direkodkan secara rasmi di lembangan Sungai Pahang, Sungai Kelantan, dan Sungai Terengganu.

Ikan ini turut dikenali "baung kenerak", tetapi sebenarnya ikan kenerak bukan spesies ikan baung, kerana mengikut taksonomi kedua-duanya berada di dalam keluarga yang berbeza, dari segi morfologi juga ada perbezaan.

Ikan kenerak berada di dalam keluarga sisioridae. Ikan ini turut dikenali dengan nama ikan misai dan ikan askar.  

Hanya ada satu spesies Bagarius di Malaysia, iaitu Bagarius lica. Spesies ini diketahui boleh membesar sehingga 60 inci panjang dan menjadikan ikan ini satu darpada spesies ikan air tawar tempatan yang bersaiz  'gergasi'.

Selain di Malaysia, Bagarius lica turut ditemui di Indonesia dan Thailand.

Foto oleh: Jean-Francois Helias / Fishing Adventures Thailand