Wednesday 28 June 2023

DAP TUNTUT DIADAKAN PILIHAN RAYA PBT

 
Bernama pada 8 Disember 2019 melaporkan bahawa DAP mengulangi tuntutan untuk mengembalikan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menjadikannya antara 8 resolusi yang diluluskan pada Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada hari tersebut.
 
Kali terakhir pilihan raya PBT dilakukan adalah pada 1964, dan kerajaan  menghapuskannya sejak itu.
 
Pilihan raya PBT dituntut bagi membolehkan demokrasi diamalkan di peringkat akar umbi dan memastikan akauntabiliti PBT kepada rakyat.
 
Pilihan raya PBT adalah cara halus DAP untuk mengurangkan kuasa Melayu dalam pengurusan pembandaran. Jika ia diadakan di kawasan bandar yang penduduknya majoriti orang Cina, maka calon Cina lebih banyak yang menang. Maka, bangsa Cina akan berkuasa menentukan atau mentadbir kawasan bandar melalui pemilihan Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis dan Ahli Majlis daripada kaum Cina.
 
Sekarang ini, jawatan-jawatan itu diisi oleh mereka yang dipilih terus oleh kerajaan, dan kebanyakan dari mereka ini adalah Melayu.
 
PBT mempunyai kuasa terhadap cukai dan undang-undang kecil. Sebab inilah DAP sangat mahukan pilihan raya PBT diadakn. Ia untuk mereka menguasai sepenuhnya bandar besar dan sekaligus mengawal ekonomi negara.
 
Sebenarnya isu permintaan DAP agar diadakan pilihan raya PBT sudah lama. Namun sepanjang UMNO menerajui kepimpinan negara, perkara itu tidak menjadi kenyataan. Ia dipandang sepi oleh UMNO yang berperanan menjaga kepentingan Melayu.
 
Isu tersebut diulang kembali pada Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019. Ketika itu yang menjadi kerajaan adalah Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Bersatu dan DAP.
 
Bersatu yang kini sekutu Pas dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat lemah untuk mempertahankan Melayu pada ketika itu. Sebab itu, DAP berani membangkitkan semula perkara itu.
 
Sekarang PH bergabung dengan UMNO dan beberapa parti lain membentuk Kerajaan Perpaduan. Biarpun keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan amat kecil, tetapi “kuasa” yang ada untuk mempertahankan Melayu dan Islam agak besar. Lebih berbesar berbanding keupayaan Bersatu ketika dalam Kerajaan PH dahulu.
 
Inilah pentingnya UMNO berada dalam kerajaan sekarang. Sebagai semak dan imbang, khususnya berkaitan kepentingan Melayu dan Islam. DAP di bawah kepimpinan sekarang dilihat lebih sederhana dalam menghormati perkara yang dituntut oleh UMNO sebelum menyertai Kerajaan Perpaduan.
 
UMNO juara memperjuangkan Islam, Melayu, Raja-raja dan bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment