Friday, 13 May 2022

BUNGA AIR MATA PENGANTIN DISUKAI KELULUT

  
Namanya madu kelulut. Namun, madu kelulut bukan dihasilkan daripada badan kelulut. Kelulut menghasilkan madu daripada debunga yang dikutip dari bunga dihasilkan pokok. Sebab itu, penternakan kelulut perlu dilakukan di kawasan yang mempunyai banyak pokok mengeluarkan bunga. 
 
Selain pokok tumbuh semula jadi di dalam hutan, kebun atau semak, penanaman pokok bunga di kawasan berhampiran penternakan perlu dilakukan bagi memastikan kelulut tidak perlu terbang jauh untuk mengumpul madu. 
 
Salah satu pokok yang sesuai ditanam di kawasan penternakan kelulut ialah pokok air mata pengantin. 
 
Bunga pokok air mata pengantin disukai kelulut. Warna bunganya putih dan merah jambu. Lebih istimewa lebah kelulut mudah mendebubunga kerana bersaiz kecil. 
 
Satu lagi keistimewaan pokok air mata pengantin ialah ia mudah ditanam dan menjalar di pagar, pokok atau melata di atas tanah. Ia hanya memerlukan kira-kira dua bulan untuk berbunga selepas ditanam. Menariknya, ia berbunga sepanjang tahun.  
 
Bunga air mata pengantin ditanam sama ada menggunakan keratan batang atau biji benih.

Baca juga:

No comments:

Post a Comment