Monday 18 October 2021

PUSAT AGROPELANCONGAN PERMATA RIMBA

  
Pusat Agropelancongan Permata Rimba, Kampung Enggong, Kuala Krai antara salah satu destinasi pelancongan yang semakin dikenali. 
 
Pusat agropelancongan yang dikelola oleh ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Krai ini menjalankan beberapa aktiviti pertanian seperti penternakan dan pembenihan ikan air tawar, ternakan ikan hiasan dan ternakan kelulut untuk tatapan para pengunjungnya. 
 
Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan beberapa aktiviti riadah di Agrocamp dan memancing di kolam pancing yang disediakan.

No comments:

Post a Comment