Friday 25 June 2021

KEBAIKAN KHASIAT DURIAN

 

Durian terdapat banyak varieti. Untuk mudah dikenali dan rekod, Jabatan Pertanian mendaftarkan di bawah huruf 'D'.  

Jadi semua varieti durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian bermula dengan D dan diikuti nombor.  

Nombor itu tidak menunjukkan bilangan atau jujukan didaftarkan. Antara varieti telah didaftarkan ialah D24, D123 dan D197.

Antara kebaikan atau khasiat durian ialah:
- Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai anti oksidan dan anti penuaan.
- Mengandung unsur kuprum yang dapat menjaga kesihatan kelenjar tiroid.
- Mengatasi anemia karena mengandungi folat atau Vitamin B9 yang diperlukan untuk memproduksi sel darah merah,
- Meredakan stres dan mengatasi kemurungan kerana kaya dengan Vitamin B6.
- Mengatasi sembelit disebabkan isi durian banyak mengandungi serat.
- Mengatasi migrain dibantu oleh kewujudan riboflavin atau Vitamin B2.
- Kaya dengan potasium atau kalsium sehingga baik untuk kekuatan tulang dan sendi.
- Menjaga nafsu makan kerana banyak mengandung thiamin atau Vitamin B1.

 

No comments:

Post a Comment