Wednesday 12 May 2021

RUGI LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH

Pada zaman Rasulullah SAW ada sahabat lupa membayar zakat fitrah pada masa ditetapkan. Menyedarinya, sahabat berkenaan mengambil seekor unta yang paling baik miliknya dan dijualnya. Kemudian wang hasil penjualan unta tersebut digunakan untuk memerdekakan seorang hamba.

Setelah itu, sahabat berkenaan telah berjumpa dengan Rasulullah SAW sambil berkata: "Ya, Rasulullah, bahawasanya saya telah lupa membayar zakat fitrah namun saya telah menjual seekor unta yang paling baik milik saya dan saya gunakan untuk memerdekakan seorang budak. Apakah itu setara nilainya dengan zakat fitrah yang lupa saya bayarkan?"

Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Sangat rugi bagi siapapun yang tidak membayar zakat fitrah kerana pahala zakat fitrah itu sangatlah tidak terhingga. Jangankan memerdekakan seorang budak, memerdekakan seratus orang budakpun takkan dapat menyamai pahala zakat fitrah".

Waktu membayar atau menunaikan zakat fitrah ialah sepanjang Ramadan hingga sebelum imam angkat takbir sembahyang sunat Aidilfitri.

Sesiapa yang tidak sempat membayar zakat kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh pihak berkuasa agama kerana terlupa dan sebagainya, bolehlah melunaskan tuntutan agama itu dengan cara membayar kepada golongan asnaf yang layak sebelum imam mengangkat takbir sembahyang sunat Aidilfitri di tempat kita berada ketika itu.

Sesiapa yang membayar selepas itu tidak lagi dianggap sebagai membayar zakat fitrah, tetapi sekadar dianggap sedekah.

No comments:

Post a Comment