Saturday 24 April 2021

LATA MAWO BATU MELINTANG

 
Nama Lata Mawo memang asing. Banyak orang tidak mengetahui tentang kewujudannya. Lokasi Lata Mawo adalah di Kampung Lawar, Batu Melintang, Jeli, Kelantan. 
 
Lata Mawo atau Lata Mawas masih belum terkenal disebabkan ia belum dimajukan sebagai tempat perkelahan oleh mana-mana pihak. Malah untuk sampai ke tempat itu perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda. Perlu melalui laluan balak dan mendaki bukit, selain melepasi kawasan sungai yang cetek. 
 
Jalannya masuk ke Kampung Batu Melintang. Terus sahaja menuju ke Empangan Pergau dan simpangnya sebelah kanan sebelum sampai di Empangan Pergau. Untuk perjalanan ini boleh menggunakan kenderaan biasa. 
 
Dari situ untuk sampai ke Lata Mawo perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda. Kenderaan persendirian memerlukan kebenaran untuk memasukinya. Ada penghalang berkunci dibina di pertengahan perjalanan. 
 
Perkhidmatan kenderaan pacuan empat roda ada disediakan. Dikenakan bayaran.
 
 

No comments:

Post a Comment