Thursday 3 December 2020

KAMPUNG DI KOTA BHARU SEMAKIN PARAH

Polimik mengenai pembangunan di Kelantan tidak pernah terhenti. Pelbagai masalah dibangkitkan rakyat, namun isu tersebut tidak pernah berubah. Bahkan, banyak yang menjadi semakin teruk.

Isu tersebut bukan sahaja berkaitan dengan peranan kerajaan, tetapi juga sikap rakyat yang dilihat tidak selari dengan tuntutan Islam yang diperjuangkan oleh pemerintah.

Perkara berkaitan bekalan air bersih, sampah, sistem perparitan, jalan, tempat terbiar, penagihan dadah dan sebagainya.

Isu sampah dan kebersihan dijadikan kempen pihak kerajaan, namun tidak berubah. Kempen semata-mata tidak membawa makna jika tempat buang atau tong sampah semakin berkurangan. Jadual pemunggahan sampah ke tempat pelupusan juga tidak ikut jadual sehingga banyak sampah ditimbun sehingga membusuk.  

Masalah bekalah air memang ketara. Bukan sahaja air berkarat dan keruh, paling sedih ada kawasan yang bekalan air terputus sehingga berbulan-bulan. Anda penduduk mengadu terputus bekalan air sehingga lebih tujuh bulan.

Laporan dan aduan rakyat hanya dipandang sepi sahaja.

Elok di sini disalin tulisan warga Kelantan di media sosial yang patut dijadikan renungan dan tindakan memperbaiki ke arah lebih baik.

Kampung-kampung di Kota Bharu makin parah.

Tadi saya jalan kaki round kampung sambil mengenang memori tempat bermain masa kecil dulu. Banyak berubah. Tapi berubah ke arah negatif. Kebanyakan kampung di Kota Bharu jadi macam ni.

- Jalan makin sempit sebab ramai bina rumah dan pagar sampai makan jalan. Kedekut punya pasal tak nak berkongsi tanah untuk dijadikan jalan. Muat lalu sebiji kereta je. Nak berselisih sangat mencabar sekarang. Menyusahakan diri sendiri dan orang lain.

- Longkang tak berfungsi. Air tak mengalir. Akhirnya jadi tempat ternak nyamuk. Dah lama masalah ni.

- Pengurusan sampah oleh majlis perbandaran sangat lemah. Satu kampung hanya ada 3 tong tempat buang sampah. Sampah melimpah di tepi jalan dah jadi makin normal. Kalau di negeri lain setiap rumah ada tong depan rumah masing-masing.

- Tepi rumah jadi semak samun. Yang ni sebab sifat orang kampung sendiri yang tak begitu cakna dengan keadaan sekeliling. Lelaki Kelantan tak serajin lelaki Negeri Sembilan yang sentiasa jaga halaman rumah. Cuba tengok kampung-kampung di Seremban ni cantik dan kemas tepi rumah mereka walaupun rumah lama.

Banyak rumah simpan barang yang dah lama tak guna di tepi rumah. Macam hoarder. Rumah nampak sangat buruk dan kotor.

Tanah yang ada sepatutnya boleh digunakan untuk bercucuk tanam tapi terbiar naik semak samun.

- Tangki tahi setiap rumah. Kelantan belum ada sistem macam Indah Water jadi setiap rumah buat tangki septik sendiri. Kadang melimpah bila musim hujan. Masalah yang sangat berpanjangan.

- Jalan rosak lambat dibaiki. Berlubang perkara biasa tunggu dekat nak mengundi baru cepat dibaiki. Waktu lain datang tapi lambat.

- Masalah air sentiasa putus dan berkarat. Yang ni semua orang stress. Nak gali telaga tak boleh sebab dekat dengan tangki tahi. Kalau di kampung-kampung daerah yang tak padat tak apa sebab rumah tak rapat dan senang nak gali telaga. Tapi di kampung di KB padat.

- Banyak tempat terbiar. Saya tengok tadi padang bola yang besar pun dah jadi semak samun penuh lalang. Sedih.

- Masalah dadah makin berleluasa. Jadi kes kecurian makin kerap. Ini ujian besar bagi masyarakat kelantan.

Orang Kota Bharu mungkin marah saya tulis macam ni, masih in denial. Banyak masalah yang disebut dah sebati dah rasa biasa dan lali. Tapi kita kena usaha untuk mengubah keadaan ni. Kalau tak ia akan menjadi kitaran berpanjangan hingga ke anak cucu dan makin parah.

Masalah yang berlaku adalah systemic, ia berkait dengan seluruh sistem pengurusan negeri. Kerajaan Kelantan mesti bertanggungjawab dan berusaha untuk memperbaiki tadbir urus. Gaji yb dah naik.

xxxxxx
Ore Kkoto Baru

No comments:

Post a Comment