Friday 21 February 2020

KHASIAT MAHKOTA DEWA


Buah mahkota dewa. Namanya hebat bagaikan dewa. Buhanya gah dengan warna kemerah-merahan apabila betul-betul matang. Menjadi bualan dan dicari ramai kerana khasiatnya. Sekarang ini buah mahkota dewa kerap dikaitkan dengan produk kesihatan dan kecantikan.

Dari segi saintifiknya, buah berkenaan dikenali sebagai phaleria macrocarpa atau simalakama (Melayu/Sumatera) dan Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua New Guinea dan sudah terkenal dengan khasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit.

Cara untuk menggunakan buah mahkota dewa:
- Petik ketika warnanya kemerah-merahan kerana kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi.
- Belah dua dan buang bijinya kerana ia beracun.
- Hiris secara nipis isinya.
- Jemur hingga kering
- Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.

Cara penggunaan:
- Masukkan dua atau tiga keping hirisan ke dalam segelas air panas.
- Biarkan dalam 5 minit dan minum.
- Amalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik.
- Jika anda mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari sahaja.
- Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum.
- Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos.
- Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali.
- Jangan ambil lebih dos kerana boleh mendatangkan kesan sampingan.

Manfaat dan kebaikan khasiat mahkota dewa semakin diyakini pengguna. Mahkota dewa mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Anda dinasihatkan berusaha berubat dengan produk mahkota dewa... insya Allah serasi.

Khasiat mahkota dewa:
- Sumber anti bakteria dan anti virus
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Mengurangkan kadar gula dalam darah
- Mengurangkan penggumpalan darah
- Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.
- Mengurangi kandungan kolesterol.
- Mengurangi pengumpulan lemak dalam saluran darah.
- Mengurangi kadar risiko penyakit jantung kronari.
- Berfungsi sebagai anti-oksidan.
- Membantu mengurangi rasa sakit akibat pendarahan.
- Berfungsi sebagai anti histamine (antialergi).
- Merawat demam berdarah (denggi)
- Merawat kanser
- Merawat penyakit hati.
- Mengurang kesan darah tinggi.
- Mengurang kesan stroke/angin ahmar
- Penawar penyakit jantung
- Penawar kencing manis.
- Membersih ginjal.
- Mengurang keputihan
- Melancar haid tidak lancar.
- Melegakan penyakit sendi.
- Membantu memulih lemah syahwat
- Mengawal gout.
- Mengawal kegemukan.
- Melegakan batuk
- Membantu penafasan lebih selesa.
- Menghaluskan kulit.

No comments:

Post a Comment