Kita beruntung rakyat negara ini aktif melakukan aktiviti kebajikan kerana semangat kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan tinggi.
Hakikatnya,
Islam memandang mulia dan menganjurkan seluruh masyarakat memupuk semangat
kesukarelawanan untuk membantu golongan terkesan dan memerlukan.
Nabi
SAW sendiri menggalakkan amalan kebajikan dan kesukarelawanan apabila bersabda:
"Perkara paling disukai Allah ialah orang paling bermanfaat kepada manusia
lain. Tingkah laku paling disukai adalah menggembirakan orang lain, meringankan
bebanannya melangsaikan hutangnya atau menyelamatkannya daripada
kelaparan" (Hadis riwayat Tabarani)
Baginda
juga memperincikan maksud sedekah dalam konteks kebajikan dan kesukarelawanan:
"Sedekah itu wajib atas setiap orang Islam." Seorang sahabat
bertanya: "Jika tiada apa hendak diberi?" Baginda menjawab:
"Hendaklah dia bekerja dan apabila mendapat duit, sedekahkanlah
sebahagiannya."
Sahabat
itu bertanya lagi: "Jika tidak boleh bekerja?" Jawab Baginda:
"Tolonglah orang miskin dalam kesusahan." Sahabat bertanya lagi:
"Kalau ini juga tidak dapat dilakukan?" Baginda menjawab: "Beri
nasihat untuk berbuat baik."
Sahabat
itu bertanya lagi: "Jika itupun tidak dapat dilakukan?" Baginda
bersabda: "Janganlah ia melukakan hati orang lain, itulah
sedekahnya." (Hadis riwayat Bukhari)
Hadis
itu menjelaskan sedekah atau amalan kebajikan dan kesukarelawanan tidak terhad
kepada memberi wang, sebaliknya membantu orang dalam kesusahan, memberi nasihat
untuk kebaikan dan tidak melukakan hati orang lain.
No comments:
Post a Comment