Monday, 11 November 2024

KENAPA LEBAH ADA DUA PERUT

 
Lebah mempunyai dua perut, yakni satu untuk makanan dan satu lagi untuk menyimpan nektar. Nektar kemudian diubah menjadi madu. 
 
Seekor lebah hidup kurang daripada 40 hari, melawat sekurang-kurangnya 1,000 bunga, dan menghasilkan kurang daripada satu sudu teh madu sepanjang hayatnya.
 
Tentang keistimewaan lebah ada disebut di dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia." (Surah an-Nahl, ayat 68)
 
Seterusnya firman Allah yang bermaksud: “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah an-Nahl, ayat 69)
 
Sesungguhnya, Allah SWT menjadikan lebah untuk dijadikan iktibar atau pengajaran kepada manusia. Biarpun hidupnya hanya 40 hari, namun dalam masa tersebut lebah melakukan tugas yang amat “sempurna” menurut perintah Allah dan memberi manfaat kepada manusia.
 
Sepanjang melaksanakan tugas mencari nektar, tidak pula lebah merosakkan bunga, malah menolong membantu proses pendebungaan. Tanpa kehadiran lebah, proses pendebungan tidak berlaku dengan baik dan akibatnya hasil makanan untuk manusia dan hidupan lain juga akan terganggu.
 
Sebaliknya ada manusia yang hidup puluhan tahun, namun sepanjang masa melakukan perbuatan kufur dan ingkar kepada perintah Allah SWT serta melakukan pelbagai perbuatan yang mendatangkan kepada manusia lain dan hidupan lain.

No comments:

Post a Comment