Wednesday, 14 August 2024

LEBUH RAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI TELAH BEROPERASI

 
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 71.4 kilometer, menelan kos RM2.33 bilion dijangka siap sepenuhnya pada 2026.
 
Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai diluluskan pada era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. Majlis pecah tanah Pakej 1B telah dilaksanakan pada April 2014 oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.
 
Projek tersebut dibahagikan kepada tujuh pakej. Justeru, ia dapat disiap berdasarkan kepada pakej dan boleh digunakan secara berperingkat-peringkat.
- Pakej 1B - Pasir Hor ke Kadok (10.85 kilometer) telah dibuka kepada lalu lintas pada 22 Ogos 2018
- Pakej 2A - Kadok ke Ketereh (6.85 kilometer) telah dibuka kepada lalu lintas pada 23 Julai 2019
- Pakej 2B - Ketereh ke Kok Lanas (6.2 kiloneter)
- Pakej 2C – Kok Lanas ke Machang
- Pakej 3A – Machang ke Bukit Tiu
- Pekej 3B – Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keroh (9.8 kilometer)
- Pakej 3C – Kampung Keroh ke Kuala Krai (8.6 kilometer)
 
Pakej 2C dan Pakej 3A sejauh 19.13 kilometer dijalankan serentak.

Terdapat 5 susur keluar sepanjang projek Jalan Raya Kota Bharu - Kuala Krai. Senarai susur-susur keluar (exit) adalah seperti berikut :
- Susur Perol
- Susur Ketereh
- Susur Kok Lanas
- Susur Bukit Tiu
- Susur Kuala Krai



Kredit kepada pemilik asal gambar.

No comments:

Post a Comment