Jering
rebus menjadi kudapan digemari rakyat Kelantan. Jering rebus dibuat menggunakan
jering tua. Ia satu pilihan untuk mengelak jering dibazirkan apabila sudah tua.
Jering
dibuat ulam biasanya yang masih muda. Kalau sudah tua isinya keras dan agak
tidak sedap untuk dimakan sebagai ulam berbanding yang muda.
Proses
merebus jering ada petuanya untuk mengelak pemakannya mendapat kesan sakit yang
dipanggil 'kapit'. Penyakit kapit menyebabkan kesukaran untuk membuang air
kecil sehingga ada yang terpaksa mendapat rawatan di hospital.
Untuk
mengelak berlaku kapit, proses merebusnya perlu memasukkan pelbagai bahan
seperti abu, arang, akar pokok kelapa, akar pokok pinang, kulit jering, kulit
pokok jering, paku dan sebagainya.
Jika
difikirkan, mengapa bahan itu perlu dimasukkan? Sukar untuk dijawab kerana
tidak ada kajian sainstifik dibuat. Yang pasti, itulah amalan perlu dilakukan
untuk mengelak kapit.
Proses
merebuh jering mengambil masa berjam-jam lamanya sehingga isinya jadi lembut.
Setelah dibasuh dan dibersihkan, jering rebus sedia untuk dimakan.
Biasanya,
jering rebus dimakan bersama dengan kelapa parut yang digaul dengan gula dan
garam. Memang enak sangat.
Selamat mencuba merebus jering atau jangan lupa membelinya jika anda berada di
Kelantan.
No comments:
Post a Comment