Pertubuhan
Kebajikan Chempaka Puteh Kelantan berjaya menyiapkan sebuah surau yang
dinamakan Musalla An-Nur untuk kegunaan penduduk di Gong 8, Pasir Puteh,
Kelantan.
Surau
yang mengambil masa pembinaan selama enam bulan itu dibina dengan kos kira-kira RM150 ribu itu bagi menggantikan surau di
kampung berkenaan yang telah roboh lebih empat tahun lalu.
Selain
untuk kegunaan melakukan solat jemaah lima waktu, surau itu juga diharap dapat
dijadikan lokasi menjalankan aktiviti kebajikan dan keagamaan.
Surau yang dilengkapi dengan hawa dingin sepenuhnya untuk memberi keselesaan kepada jemaah mampu memuatkan kira-kira 100 orang.
Selain kemudahan tandas dan bilik mandi, juga terdapat stor khas untuk menyimpan barang makanan
Selain itu ia dilengkapkan dengan sistem pembesar suara yang canggih serta untuk keselamatan ia dipagar dengan jenis pagar antipanjat.
Surau di Kampung Gong 8 ini adalah yang ketiga dibina oleh Pertubuhan kebajikan Chempaka Puteh. Dua buah yang terawal diuruskan pembinaan dan baik pulih hasil sumbangan seorang individu, yang memberi kepercayaan kepada pertubuhan melakukan tugas berkenaan.
Atas kejayaan terdahulu, membawa kepada beberapa individu lain pula telah menyumbang sehingga siap terbina surau di Kampung Gong 8.
Menurut setiausahanya, Siti Meriam Balqish Mohmed, pertubuhan berkenaan berhasrat untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan untuk kebaikan masyarakat.
No comments:
Post a Comment