Sunday 28 November 2021

SEJARAH TAWAU SABAH

  
Tawau merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar raya di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km. 
 
Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan. 
 
Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. 
 
Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat keturunan Tidung dan Suluk sebelum tahun 1890. 
 
Sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan, penempatan masyarakat Tidung dan Suluk di Batu Tinagat serta penempatan masyarakat Bajau di Omadal, Semporna. 
 
Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris. 
 
Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak SBUB membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ. 
 
Gambar: Ejaan jawi di gambar adalah ‘gimik’ ejaan ‘ta’ dan ‘wa’. Ejaan sebenar ialah ﺗﺎواو

No comments:

Post a Comment