Thursday 23 September 2021

SEJARAH PENGGUNAAN MINYAK WANGI

  
Sejarah minyak wangi telah lama. Asal usul nama minyak wangi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud  ‘penyulingan wap’. 
 
Minyak wangi ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi ketika mereka membakar kayu dan herba aromatik untuk memuji tuhan mereka melalui asap.

Menurut kajian, tamadun Mesir adalah tamadun yang pertama menguasai minyak wangi. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan minyak wangi dalam makan Firaun beribu-ribu tahun dahulu.

Pada abad ke-9, seorang penulis Arab bernama Al-Kindi, menulis dalam bukunya Book of the Chemistry of Perfume and Distilations. Di dalam buku itu terdapat ratusan resepi untuk membuat minyak wangi.

Buku tersebut juga menceritakan tentang 107 cara untuk membuat minyak wangi, namun beliau belum menemui sari pati bunga sebagai penambah wangi.

Jabir Ibnu Hayyan (721-815M) yang digelar sebagai Bapa Kimia Moden telah membuat penemuan mengenai teknik penghasilan minyak wangi iaitu melalui kaedah penyulingan, pengewapan dan penyaringan.

Ketiga-tiga teknik ini didapati mampu mendapatkan aroma minyak wangi daripada minyak pati tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Tahukah anda bahawa wangian yang tertua yang masih wujud pada masa kini ialah Eau de Cologne 4711. Ia dicipta pada tahun 1796 dan ia adalah minyak wangi uniseks pertama di dunia.

Kota Cologne, Jerman, merupakan tempat terciptanya Eau de Cologne. Kita dapat melihat kota tersebut penuh dengan gerai minyak wangi yang terdapat pelbagai jenis bauan yang sangat menyenangkan.

Di tengah kota inilah kita dapat menemukan minyak wangi 4711 yang dikatakan sangat terkenal.

Tambahan pula, perkembangan teknologi kini membolehkan minyak wangi dihasilkan dengan pelbagai bahan daripada bahan semulajadi mahupun dari bahan sintetik.

Walaupun kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri, namun bahan semulajadi adalah jauh lebih baik – tentu sahaja dari segi keasliannya.

Antara bahan-bahan semula jadi yang digunakan untuk menghasilkan asas haruman minyak wangi:

- Bungan-bungaan: Ros, Lavender, Jasmine, Violet, Lily, Bunga Oren, Plumeria, Magnolia, Moonflower, Chamomile, Rosemary, Sweet Pea, Tuberose, Ylang Ylang, Neroli, Lilac, Blossom, Geranium dan lain-lain.

- Buah-buahan: Keluarga sitrus seperti, limau, oren, lemon, petit grain, mandarin, epal, peach, strawberry, lychee, honeydew, koko, pear, tonka bean, vanilla dan lain-lain.

- Rempah: Lada hitam, buah pelaga, biji lobak, kayu manis, cengkih, halia, pudina, tea dan lain-lain

- Amber/ Kayu: Amber, benzoin, frankincense (kemenyan), myrrh, geharu, sandalwood, vetiver, oakmoss, guaiac wood dan lain-lain.

- Haiwan: Kulit, kasturi.

Kepentingan proses membuat wangian adalah keupayaan untuk mengasingkan bauan daripada bahan ke dalam minyak atau pati haruman.

Seperti yang dapat kita lihat sekarang terdapat pelbagai jenis bauan yang dikeluarkan daripada pelbagai jenis sumber untuk memberikan bauan yang harum kepada kita supaya sentiasa selesa dan berasa yakin untuk berada di mana sahaja.

No comments:

Post a Comment