Tuesday 5 January 2021

CARA MUDAH MEMBASUH UBI KAYU

Musim banjir ‘syurga’ bagi penggemar ubi kayu. Banyak ibu kayu dijual di pasar mahupun di tepi jalan. Harga pun murah dan banyak pilihan. Ubi kayu sebenarnya banyak jenis yang mempunyai rasa dan tekstur isi berbeza. Jadi, pada musim banjir boleh pilih mana yang disukai atau digemari.

Ubi kayu banyak terdapat pada musim banjir kerana ia terpaksa dituai atau digali kerana ubi kayu tidak tahan berendam di dalam air. Isi ubi kayu akan  rosak jika berendam dalam air melebihi dua atau tiga hari.

Dalam dialek Kelantan keadaan itu dipanggil carak, iaitu tempat yang digenangi air yang menyebabkan ubi menjadi carak kerana digenangi air.

Ubi yang dicabut pada musim hujan akan dikotor kerana selut melekat. Jika dicabut pada musim panas, tiada selut dan bahagian ubi akan ‘bersih’.

Ubi yan dilekati selut perlu dibasuh. Bukan mudah hendak menanggalkan selut yang melekat sebati pada kulit ubi kayu. Kena guna banyak air, masa dan tenaga.

Jadi, untuk memudahkan kerja mencuci, ia dilakukan di tempat air bertakung. Jimat air dan mudah. Pada musim hujan tidak sukar untuk mencari kawasan air bertakung.

Ubi kayu sedap dimakan yang direbus. Makan pula dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan sendikit garam dan gula.

Kalau dipotong nipis pula boleh digoreng. Boleh digoreng garing atau lembut. Boleh dimakan terus atau disira.

Sebelum direbus, pastikan kulit ubi kayu perlu dibuang. Ada cara mudah untuk mengopek kulit ubi kayu.

Caranya dengan membuat torehan memanjang dengan mata pisau. Kemudian bolehlah disepat atau menyiat kulit itu. Caranya mudah sahaja. Sekali sepat boleh membuang sekaligus keseluruhan kulit ubi kayu itu.

No comments:

Post a Comment