Saturday 30 December 2017

POKOK BUAH MAHKOTA DEWA

Nama buah mahkota dewa (nama saintifik Phaleria Macrocarpa) cukup gempak. Sehebat namanya, banyak keistimewaan dan khasiat diperoleh dari buah berasal hutan belantara Irian Jaya di Indonesia.

Bahan berasaskan mahkota dewa kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Setelah mendapat permintaan tinggi, mahkota dewa kini ditanam secara ladang dan pokok hiasan di laman rumah.  

Pokok mahkota dewa agak mudah hidup. Pokoknya sederhana besar boleh ditanam dalam pasu. Tingginya sekitar 3 meter dan boleh dikurangkan dengan cara cantasan.

Bahagian buah yang dijadikan ubat ialah bahagian antara biji dan kulit (isi). Buah sederhana matang yang berwarna hijau kemerahan paling sesuai digunakan.

Buah yang terlalu tua berwarna merah dan isinya berserabut. Isinya sukar dihiris dan tidak kering sempurna bila dijemur.  

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang dan biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair. 

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, 

Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm dan berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih. Untuk menggunakan biji, ia perlu direbus dahulu.

Daun mahkota dewa berbentuk lonjong, lansing, memanjang dan hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.

Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Anak benih mahkota dewa disemai melalui biji.  

No comments:

Post a Comment