Pokok
pisang banyak ditanam di negara kita sama ada secara ladang mahupun sekadar
pokok selingan antara pokok-pokok tanaman lain. Ada juga yang ditanam sekadar
sepokok di kawasan laman rumah, tepi jalan dan kawasan lapang, kemudia membiak menjadi
satu rumpun yang mengandungi beberapa pokok besar dan kecil.
Pokok
pisang banyak jenis atau nama. Namun, cara menanam tidak ada bezanya. Umumnya
pokok pisang mudah ditanam dan tidak memerlukan banyak penjagaan. Sebab itu,
banyak orang suka tanam pokok pisang.
Pisang
enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat kek, pencuci
mulut, kuih, ia juga sangat enak dimakan selepas digoreng panas-panas.
Anak
benih pokok pisang biasanya menggunakan susur pedang atau anak mata yang keluar
pada bahagian umbi pokok dewasa atau indung. Selain anak benih digunakan untuk
ditanam semula, ada juga anak susur pedang dibuang bertujuan agar tumbesaran
pokok induk membesar dengan baik dan menghasilkan buah besar.
Pada
amnya, terdapat dua jenis sulur iaitu sulur pedang dan sulur air. Sulur pedang
terbentuk dari umbisi induk dan mengeluarkan daun runcing dan menirus ke atas.
Sulur air terbentuk dari tunas utama umbisi induk dan tidak disyorkan kerana
pertumbuhan kurang cergas.
Kebanyakan
pekebun pisang yang dilakukan secara ladang atau dalam skala besar, akan
menggunakan benih teknik belahan dan tisu didik. Anak benih yang dihasilkan dengan
cara ini dapat dihasilkan secara banyak dan umur yang sekata.
Bagi
sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan
kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang
sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha.
Benih
pisang ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan
campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran.
Pelepah
pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman.
Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali.
Pisang
boleh ditanam di pelbagai jenis tanah. Tetapi, tanah paling sesuai ialah
sederhana gembur, berpasir dan peroi. Bagi penanaman komersial, penggunaan
sistem pengairan adalah perlu. Pokok pisang tidak dapat bertahan dalam keadaan
terendam yang melebihi 2 jam.
No comments:
Post a Comment