Saturday 18 January 2020

KHASIAT KAMBING GURUN

Salah satu spesis haiwan liar di negara kita ialah kambing gurun (serow). Kambing gurun semakin pupus disebabkan ada aktiviti pemburuan haram untuk mendapatkan dagingnya. Punca lain kepupusan kambing gurun adalah disebabkan habiatnya semakin terancam akibat pembangunan.

Biarpun dinamakan kambing gurun, ia bukan berasal dari gurun. Kambing gurun hidup di hutan. Sebab itu kambing gurun juga dipanggil kambing hutan atau kambing liar.

Kambing gurun terdapat dua jenis ialah kambing gurun atas gunung atau bukit dan kedua pula ialah kambing gurun dalam hutan.

Apa beza kambing gurun gunung dan hutan? Kambing gurun gunung berwarna cerah dan tanduknya bergulung cantik. Kambing gurun hutan pula berwarna gelap dan tanduknya tajam meruncing ala ‘spike’.

Kambing gurun hidup dan berkeliaran di kawasan bukit berbatu. Kambing gurun akan menjilat batu-batu yang kaya dengan zat mineral. Selain itu kambing gurun dikatakan pandai memilih untuk memakan tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan khasiat perubatan.

Kerana sikap kambing gurun yang sedemikian menjadi daging dan seluruh anggota badannya mempunyai nilai yang tinggi untuk tujuan perubatan. Sebab itu kambing gurun menjadi rebutan.

Selain dijadikan makanan, turut diburu untuk menghasilkan minyak pelbagai guna yang mempunyai keistimewaan tersangat hebat mengikut kepercayaan masyarakat yang belum dapat dibuktikan secara saintifik.

Malah ada mempercayai 'kehebatan' kambing gurun sehingga dapat 'memutahkan' kembali peluru yang terkena pada bahagian badannya. Minyak kambing gurun dikatakan mujarat untuk merawat luka dan patah.

Kerana penangan mempercayai khasiat kambing gurun ada individu sanggup menelan najis kambing gurun semata-mata untuk meningkatkan keupayaan tenaga batin.

Kambing gurun termasuk dalam senarai spesies hidupan liar dilindungi yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

1 comment:

  1. Assalamualaikum...


    Semoga kita semua tetap dalam KeSehatan , diPermudah segala urusan & tetap dalam dakapan RahmatNYA

    Selamat Menyambut/

    Salam Maal Hijrah 1444H & Salam Kemerdekaan..

    MOHON MAAF ZAHIR BATIN SENTIASA TAK TERHINGGA DULU KINI & UNTUK SELAMANYA

    ReplyDelete