Sejumlah ulama berpendapat manusia dan jin terikat dengan hukum
taklif (perintah mematuhi kewajipan dan meninggalkan larangan). Oleh kerana
itu, jin pun berkewajipan menjalankan segala perintah Allah dan menjauhi semua
larangan-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah serta beribadah
kepada-Ku.” (Surah az-Zaariyaat, ayat 56).
Ini bermakna, manusia dan jin yang beribadah kepada Allah SWT,
akan mendapatkan balasan pahala daripada Allah dan yang mengerjakan
larangan-Nya juga akan mendapatkan balasan yang setimpal.
Dalam surah ar-Rahman ada sejumlah pernyataan Allah SWT yang
berulang kali mengenai kalimah ‘kamu berdua mendustakan’ (tukazziban). Yang
dimaksudkan di sini ialah jin dan manusia.
Oleh itu, dari manakah mereka mengetahui semua perintah itu, dan
bagaimana mereka mentaatinya? Adakah dalam kalangan jin juga mempunyai rasul?
Namun, al-Quran menyebutkan jin dan manusia diciptakan untuk beribadah kepada
Allah SWT.
Di dalam al-Quran disebutkan setiap umat atau zaman ada seorang
rasul diutus kepada mereka untuk menyeru serta mengajak manusia pada jalan
kebenaran.
Firman Allah bermaksud: “Setiap umat mempunyai rasul. Apabila
datang rasul mereka, diberikan keputusan antara mereka dengan adil dan mereka
(sedikit pun) tidak dianiaya.” (Surah Yunus, ayat 47).
Menurut sebahagian pendapat ulama, tidak ada jin diutus menjadi
nabi dan rasul. Nabi dan rasul hanya berasal daripada golongan manusia. Setiap
nabi dan rasul itu berkewajipan menyampaikan seruannya kepada umat manusia dan
golongan jin. Justeru, ada jin beriman dan ada pula tidak beriman. Yang beriman
disebut sebagai jin Islam manakala yang ingkar atau jahat berasal daripada
golongan jin kafir.
Al-Quran memberitahu bahawa Allah SWT menghadapkan serombongan jin
kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendengarkan bacaan al-Quran. Mereka
mendengarnya dengan penuh tekun. Apabila pembacaan selesai, mereka kembali
kepada kaumnya untuk memberi peringatan.
Rombongan jin ini mengatakan kepada kaumnya bahawa mereka mendengar al-Quran, kitab yang diturunkan selepas Musa AS, yang membenarkan kitab sebelumnya (rujuk surah al-Ahqaf, ayat 29-32).
Ibnu Masud menyatakan, dirinya ikut menyaksikan malam turunnya ayat jin ini. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Aku didatangi pendakwah dalam kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya, dan aku bacakan al-Quran kepada mereka. Peristiwa itu terjadi di Masjid Jin, Makkah, dekat kawasan makam Mala sekarang ini.

No comments:
Post a Comment