Nihilisme adalah sebuah pandangan falsafah yang sering dihubungkan dengan Friedrich
Nietzche (mati 1900), seorang warganegara Jerman.
Fahaman Nihilisme mengatakan bahawa dunia ini dan kehidupannya tidak mempunyai apa-apa makna. Maka, manusia boleh melakukan apa diingini tanpa terikat dengan sistem moral dan undang-undang.
Memandangkan golongan Nihilisme melihat dunia ini
'tiada' apa-apa, maka mereka menolak wujudnya pencipta, tidak ada panduan agama
atau peradaban yang perlu dipatuhi, hidup adalah seperti mana yang
dikehendaki. Lalu, mereka bebas untuk
melakukan apa saja mengikut kehendak hati atau bersesuaian dengan keadaan
semasa.
Mereka juga beranggapan, jika ada pihak yang
mengatakan adanya nilai moral yang perlu dipatuhi atau diikuti, maka itu adalah
abstrak. Perkara yang kabur dan boleh
berubah-ubah. Ini berdasarkan keyakinan
bahawa setiap perkara yang diketahui atau ingin dilakukan tidak bertentangan
dengan apa yang sedia ada.
Dengan kata lain, golongan ini tidak sekali-kali
menerima pandangan pihak lain, kerana merasakan apa yang dilakukan itu
sebenarnya telah sama atau mengikuti apa yang pihak lain inginkan, sedangkan
hakikat sebenarnya ia adalah bertentangan sama sekali.
Istilah nihilisme pertama kali dicetuskan oleh
Ivan Turgenev dan diperkembangkan ke dalam dunia falsafah oleh Friedrich
Heinrich Jacobi (1743-1819).
Fahaman ini juga sama dengan amalan dipelopori
Niccalo Machiavelli (1469-1527) iaitu matlamat boleh menghalalkan cara.
Kaedah matlamat menghalalkan cara kerap dikaitkan
dengan cetusan oleh Machiavelli di dalam karyanya mengenai pentadbiran negara,
'The Prince', bahawa kesesuaian sepatutnya menjadi asas suatu tindakan.
Ini dapat dilihat dari ungkapannya, “dalam
tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang
ingin dicapai). Jadi biarlah seorang raja mendapat kemenangan dan
mempertahankan negaranya, maka semua kaedah yang diambilnya akan sentiasa
dianggap berbaloi." Inilah kaedah
digunakan mereka yang melatakkan matlamat menghalalkan cara.
Secara ringkasnya, kaedah ini bermaksud, seseorang
itu boleh melakukan apa sahaja atau mengambil apa jua cara (walaupun salah)
demi untuk mencapai matlamat atau tujuannya. Ini adalah kerana yang penting
atau yang diambil kira ialah matlamat, yakni tercapainya matlamat, walau dengan
apa cara sekalipun.
Fahaman matlamat menghalalkan dipelopori Niccalo
Machiavelli (1469-1527). Namun,
hakikatnya, dalam sistem bermasyarakat dan bernegara, kaedah itu telah lama
diamalkan.
Contohnya, kaedah ini telah dipraktikkan oleh kaum kafir untuk memadamkan cahaya Islam di muka bumi ini. Kaedah ini telah dilakukan oleh Yahudi dan kafir Quraisy semasa permulaan penyebaran Islam.
Contohnya, kaedah ini telah dipraktikkan oleh kaum kafir untuk memadamkan cahaya Islam di muka bumi ini. Kaedah ini telah dilakukan oleh Yahudi dan kafir Quraisy semasa permulaan penyebaran Islam.
No comments:
Post a Comment