Ketika penubuhan pemerintahan Islam di Madinah,
Rasulullah SAW membuat perjanjian dengan kabilah atau puak yang mendiami kota
itu dan kawasan sekitarnya.
Kabilah berkenaan perlu menerima kedudukan Rasulullah SAW sebagai pemimpin dan sebagai balasannya, kabilah itu diberi kebenaran terus tinggal di tempat masing-masing dan mendapat hak dilindungi jika diserang oleh musuh mereka.
Namun, terdapat puak yang tidak mematuhi
perjanjian itu, lalu mereka dihalau keluar. Ia bermula dengan pengusiran Yahudi
Bani Qainuqa yang dicetuskan oleh sikap biadab Yahudi terhadap penganut Islam. Kemudian
diikuti oleh Yahudi Bani Nadhir yang merancang satu konspirasi untuk membunuh
Nabi Muhamad SAW
Melihat kepada perkembangan ini, kaum Yahudi
berfikir, sama ada mereka ingin membiarkan keadaan terus begini (dihalau) dan
mengalah, atau mereka mesti melakukan sesuatu untuk membalas dendam, di mana
mereka boleh menghasut orang-orang Arab untuk membalas dendam terhadap Nabi Muhammad
SAW. Mereka berfikir bahawa jika keadaan
ini dibiarkan, umat Islam akan menjadi semakin kuat manakala mereka pula
(Yahudi) menjadi pelarian.
Bermatlamat untuk menghapuskan Rasulullah SAW Muhammad
dan Islam, maka Yahudi mula berfikir bagaimana hendak menghasut orang-orang
Arab demi mencapai tujuan mereka.
Untuk melaksanakan rancangan ini, beberapa orang dari kalangan Yahudi pergi menemui kafir Quraisy di Makkah.
Untuk melaksanakan rancangan ini, beberapa orang dari kalangan Yahudi pergi menemui kafir Quraisy di Makkah.
Mereka terdiri dari Huyay bin Akhtab, Sallam bin
Abil-Huqaiq dan Kinana bin Abil-Huqaiq. Ketika bertemu dengan penduduk Makkah,
Huyay ditanya oleh kafir Quraisy mengenai (persediaan) kaumnya.
Maka dia menjawab, “Mereka saya biarkan
mundar-mandir ke Khaibar dan ke Madinah sehingga tuan nanti datang ke tempat
mereka dan berangkat bersama-sama menghadapi Muhammad dan sahabat-sahabatnya”.
Ketika dia diajukan soalan tentang Bani Quraizah,
dia menjawab, “Mereka tinggal di Madinah sekadar mahu mengaburi mata Muhammad.
Seandainya pihak tuan datang, mereka akan bersama-sama memihak kepada tuan”.
Kafir Quraisy menjadi ragu-ragu sama ada mahu
terlibat atau menarik diri. Untuk menenangkan keadaan ini, kafir Quraisy
bertanya kepada Yahudi berkenaan status mereka (Quraisy) berbanding Muhammad,
jika ada jawapan yang kukuh (dari Yahudi) maka mereka akan menyertai pakatan
Yahudi menyerang Madinah.
Niat jahat Yahudi ini menjadi asbab kepada
penurunan ayat yang bermaksud: “Apakah
kamu (wahai Muhammad) tidak memperhatikan orang-orang yang telah diberikan
sebahagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada jibt dan taghut
(benda-benda yang disembah selain dari Allah), dan mereka mengatakan kepada
orang-orang kafir (kaum Musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu)
lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nisa, ayat 51)
Di sini jelas menunjukkan bahawa kaum
Yahudi ini sanggup memuji dan menyatakan kafir Quraisy adalah lebih baik
berbanding mereka sendiri. Mereka telah
jelas-jelas menafikan ajaran kitab (Taurat) mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment