Demi mendapat sokongan bukan Islam, terdapat
pemimpin Islam menggadaikan maruah diri dan kedudukan Islam. Mereka menyokong sesuatu tindakan atau
permintaan bukan Islam demi untuk mencapai matlamat yang diingini.
Perbuatan ini tentunya merugikan umat Islam secara
keseluruhannya. Tambahan pula, kaum kafir mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap
sikap umat Islam yang sanggup menjadikan matlamat menghalalkan cara.
Kita sangat dukacita apabila sesama Islam sanggup
bercakaran sesama sendiri dan memilih untuk bekerjasama dengan bukan Islam
berbanding dengan Islam sendiri. Biarpun
konsep tahaluf siyasi dibenarkan dalam Islam yakni, pertubuhan atau parti Islam
dibolehkan berkerjsama dengan bukan Islam, tetapi ia perlukan bersandarkan
kepada matlamat untuk kepentingan umat Islam keseluruahannya.
Bahkan, tahaluf siyasi itu perlu berlangsung dalam
suasana yang mana prinsip-prinsip asas yang ditetapkan syariat tidak dilanggar. Tahaluf siyasi tidak sama sekali membolehkan
matlamat menghalalkan cara.
Sebenarnya kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’ ini
boleh kita temui di mana-mana sahaja dalam kehidupan, dari dahulu hingga
sekarang. Bagi sesiapa yang mengkaji sejarah Perang Dunia Kedua, mereka akan
mengetahui bahawa Amerika Syarikat mula terlibat di dalam perang ini setelah
serangan di lakukan ke atas Pearl Harbour.
Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa Amerika
Syarikat pada waktu itu ‘sengaja’ membiarkan Pearl Harbour diserang untuk
dijadikan justifikasi keterlibatannya di dalam perang ini. Ini sebenarnya
dilakukan untuk membolehkan mereka masuk ke kancah peperangan untuk mencapai
matlamat mereka menjadi superpower dunia.
Ternyata, Amerika Syarikat berjaya menjadi kuasa
besar dunia setelah Perang Dunia Kedua dan setelah mengorbankan ramai
tenteranya yang berpengkalan di Pearl Harbour. Amerika Syarikat di bawah
pentadbiran George W. Bush juga menggunakan kaedah yang sama di dalam
matlamatnya untuk memerangi Islam dan menguasai negeri-negeri kaum Muslimin.
Sudah terlalu banyak bukti mengaitkan rejim Amerika
Syarikat dengan ‘penumbangan’ bangunan berkembar WTC yang membunuh lebih kurang
3,000 rakyatnya sendiri. Ini dengan begitu mudah dijadikan alasan oleh rejim Amerika
Syarikat untuk memburu dan membunuh umat Islam sewenang-wenangnya dan
mewar-warkan matlamat ‘murni’ mereka untuk menghapuskan ‘pengganas’.
No comments:
Post a Comment