Yang di-Pertuan
Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi ketua negara
Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Perkara
40 menjelaskan Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siap yang
dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana
Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti.
Yang Dipertuan Agong bagaimanapun tidak membenarkan hak dan kuasa menyingkirkan Perdana Menteri.

Perkara 40 juga
memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak atau menggantung
permohonan membubarkan parlimen.
Yang Dipertuan Agong
boleh memanggil, menghentikan dan membubarkan Parlimen berdasarkan Perkara 55
tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen dengan permintaan Perdana Menteri
(Perkara 43). Boleh menolak undang-undang baru atau pindahan undang-undang
sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi
undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awal padanya (Perkara 66).
Perkara 3 berkaitan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan memberi tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja sebagai ketua agama Islam.

Dengan kata lain,
kedudukan Yang Dipertuan Agong amat penting dalam sistem pemerintahan
negara. Kedudukan tertinggi dalam haraki pemerintahan.
Jika ada yang menghina kedudukan Yang Dipertuan Agong, bermakna mereka tidak menghormati sistem pemerintahan negara. Mereka ingin merosakkan apa yang telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.
Rakyat wajib menolak mana-mana pihak yang menghina Yang Dipertuan Agung dan raja-raja Melayu kerana baginda adalah payung kepada orang Melayu dan agama Islam.
Menghina raja samalah menghina mereka yang diamanahkan menjaga agama Islam sepertimana tercatat dalam Perkara 3.

Malang sekali, orang
Melayu dan Islam yang sepatutnya bermati-matian mempertahankan kedudukan Yang
Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu turut sama menjadi pendurhaka bersama-sama
pihak yang ingin menghapuskan sistem beraja di Malaysia.
Sayangi dan hormatilah sistem pemerintahan negara kita. Sesiapa dengan sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dengan alasan untuk mencetuskan huru hara dan keadaan bencikan pemerintah, bermakna mereka telah melakukan perbuatan dosa.
Rakyat wajib mentaati pemerintah selagi tidak diperintah melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sesungguhnya sikap membelakangi pemerintah Islam adalah agenda jahat yang dilakukan oleh bukan Islam.
Musuh tidak mahu negara Islam terus aman dan maju. Maka, satu usaha agar tidak menghormati pemerintah dilakukan melalui dasar campurtangan secara tersembunyi.

Tangan-tangan asing
akan memberi peruntukan kewangan, khidmat nasihat dan beberapa pertolongan lain
bagi menjayakan misi menjatuhkan negara Islam.
Mereka cuba membuat serangan pemikiran dengan meletakkan asas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan Islam adalah menyalahi hak asasi manusia. Mereka menghila dan memberi tekanan kepada kerajaan Islam.

Perkara ini berlaku
di banyak negara lain sehingga mengakibatkan kejatuhan sesuatu kuasa
pemerintahan. Negara berkenaan diambilalih oleh golongan yang mempunyai agenda
tersendiri dan lebih memihak kepada kuasa asing.
Keadaan demikian menjadikan mereka menjadi boneka dan memerintah negara berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh kuasa asing.
Sesungguhnya, kita perlu mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kedudukan Islam dengan bersungguh-sungguh. Apa yang dilakukan ada satu jihad yang dituntut oleh agama. Sesiapa mengkhianati pemimpin bermakna dia mengkhianati Islam.

No comments:
Post a Comment