Program yang diketuai Penyelaras Jawatankuasa, Madihah Abd
Aziz itu melawat seorang penduduk, Kamarul Omar yang mengalami strok dan dalam
keadaan daif. Turut hadir, Zulkifli Ab Ghani, Setiausaha UMNO Bahagian Kota Bharu.
Keluarga berkenaan hilang sumber pendapatan apabila Kamarul
mengalami strok dan tidak mampu meneruskan pekerjaan.
"Lawatan ini dilakukan setelah mendapat maklumat dari
penduduk setempat mengenai keadaan keluarga berkenaan," jelas Madihah yang
juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu.
Menurut Madihah, sebaik menerima perkhabaran itu,
Jawatankuasa mengambil keputusan untuk meninjau keadaan sebenar dan menyerahkan
sedikit sumbangan.
"Pada permulaan ini kita hanya menyerahkan sedikit
sumbangan untuk meringankan bebanan keluarga berkenaan dan untuk tindakan
selanjutkan kita akan mempertimbangkan apa-apa bantuan yang sewajarnya,"
tambah Madihah lagi.
No comments:
Post a Comment