Saturday 2 April 2016

JKKKP Al Muttaqim Aktif

Semangat gotong royong serta saling membantu perlu diterapkan dalam setiap anggota masyarkat agar hal berkaitan kepentingan bersama dapat direalisasikan.  Perkara ini amat penting terutama sekali di kalangan masyarakat bandar yang dilihat semakin mementingkan kehidupan bersendirian, tambah lagi apabila wujudnya semakin banyak gajet dan komunikasi maya yang membataskan hubungan masyarakat secara fizikal atau bersemuka.

Menyedari hal itu, Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Al Muttaqim, Kota Bharu sering menganjurkan program kemasyarkatan berbentuk gotong royong untuk merapatkan hubungan sesama kejiranan. Terbaru aktiviti yang diadakan ialah gotong royong membersihkan kawasan perkuburan di Jalan Long Yunus.

Pengerusi Pengurusan Dun Tanjung Mas, Madihah Abd Aziz berkata program berkenaan perlu dicontohi dan menjadi aktiviti berkala di setiap JKKKP.

"Setiap JKKKP perlu aktif mengadakan program berbentuk gotong royong kerana memberi kesan yang besar dalam usaha untuk memperkasakan dan melahirkan masyarakat yang sentiasa berhubung dan melakukan aktiviti berfaedah untuk kepentingan bersama," kata Madihah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment