Masjid al-Qawiy, Kampung Kundasang Lama,
Kundasang, Sabah menjadi medan untuk penduduk setempat melakukan aktiviti
keagamaan, selain dijadikan tempat solat berjemaah.
Selain aktiviti dianjurkan sendiri oleh
kariah masjid, ada pihak luar yang melakukan kerjasama dengan pengurusan masjid
untuk melakukan aktiviti di masjid berkenaan.
Baru-baru ini, Institut Latihan Islam
Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah bekerjasama Masjid Al-Qawiy, melaksanakan
program Kuliah Fitrah Siri 2/2024. Sasaran peserta program ini adalah kepada
masyarakat awam yang tinggal disekitar masjid.
Objektif utama program ini adalah untuk
memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan dengan Islam dan dapat
mendekatkan masyarakat kepada Islam.
ILIM kampus Kundasang telah menjemput Ustaz
Mohd Abdul Hadi bin Ismail, dari SK Lipasu sebagai penceramah program tersebut
dengan tajuknya Aidil Adha : Laluan Hamba Kepada Yang Maha Esa.
Antara program lain yang dianjurkan pihak
masjid ialah Korban Perdana, majlis berbuka puasa, sambutan hari kebesaran
Islam dan pelbagai program keilmuan lain yang mendapat sambutan penduduk
setempat.
No comments:
Post a Comment