Sunday, 16 June 2024

MAKAN SUP JANIN KAMBING

 
Makan sup janin kambing. Memang ini pengalaman yang mungkin sekali seumur hidup. Tidak banyak orang berpeluang merasai pengalaman ini.
 
Dalam penyembelihan haiwan seperti lembu dan kambing, akan berlaku kes binatang yang disembelih itu sedang mengandung yang tidak disedari pemilik haiwan. Ia hanya diketahui setelah bahagian badan dilapah dan dipotong bahagian-bahagian badannya.
 
Menurut catatan di kumpulan WhatsApp, ada individu menceritakan makan sup janin kambing. Peristiwa tersebut berlaku apabila kambing yang disembelih untuk tujuan akikah didapati mengandung dan kandungan telah matang atau cukup sifat.
 
Asalnya, janin itu ingin dibuang sahaja. Namun, setelah difikirkan tentang hukum yang janin itu halal dimakan, maka ia telah diproses atau dipotong untuk dibuat sup. Ukuran janin itu lebih kurang sebesar arnab. Bahagian badan sudah dipenuhi dengan daging, hanya ukurannya sahaja kecil.
 
Lalu, janin itu dibuat sup, kononnya seperti sup arnab. Setelah masak, terus dimakan. Rasanya memang sedap. Dagingya lembut dan tulang bahagian badan seperti kaki semua kecil seperti arnab.
 
Baca juga:

No comments:

Post a Comment