Monday, 8 July 2024

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR

 
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan secara berkala mengadakan Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas, CPR dan Penggunaan AED kepada orang awam. Kursus selama lapan jam (sehari) meliputi teori dan amali.

Kursus ini menawarkan peluang untuk mempelajari teknik-teknik penyelamatan yang penting dari jurulatih berpengalaman. Dapatkan kelebihan dalam kecemasan dengan latihan praktikal menggunakan peralatan terkini.

Setelah menyelesaikan kursus, anda akan menerima sijil pengiktirafan yang boleh meningkatkan keupayaan anda dalam situasi kecemasan.

Kursus ini terbuka kepada syarikat-syarikat swasta, klinik-klinik, dan individu yang ingin mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa.

Untuk mengetahu lanjut mengenai kursus ini boleh bertemu pegawai di ibu pejabat BSMM Negeri kelantan, Jalan Mahmood (bersetentangan dengan Hotel Perdana), Kota Bharu atau hubungi talian 011-55850585.

Catatan:

AED (Defibrilator luaran automatik) ialah peranti perubatan mudah alih yang canggih tetapi mesra pengguna yang direka untuk membantu individu yang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba.

CPR (Resusitasi kardiopulmonari) ialah prosedur kecemasan yang berpotensi menyelamatkan nyawa seseorang dalam situasi di mana jantung dan/atau pernafasan mereka terhenti (henti jantung). 



No comments:

Post a Comment