Lampam sungai merupakan sejenis ikan air
tawar. Ia menghuni atau hidup di sungai, parit dan tasik. Lampam sungai menjadi
sumber makanan kepada penghuni kawasan di mana ia didapati. Selain itu, lampam
sungai juga dijadikan ikan hiasan. Lampam sungai termasuk spesies tempatan.
Lampam sungai senang dikenali dengan ekor
dan sirip warna merah, ekor ada garisan hitam. Ia mudah hidup di keadaan yang
“mencabar” atau air kurang jernih.
Ikan ini adalah spesis ikan yang mempunyai
cara hidup dan reputasi pembiakan yang sangat tinggi. Ikan Lampam sungai
selalunya akan hidup dengan baik di dalam sungai-sungai di Malaysia terutama
sungai yang belum tercemar.
Walaupun begitu kini agak sukar sedikit
untuk menyaksikan jumlah sebegitu banyak akibat aktiviti penangkapan yang
sangat tinggi oleh para nelayan dan pemancing.
Kawasan sungai yang dahulu banyak ikan kini
terjejas teruk dengan aktiviti penangkapan kurang beretika seperti penggunaan tuba
dan bom ikan, malahan ada yang menggunakan racun.
No comments:
Post a Comment