Sunday 15 October 2023

SMK Panggung Jaya unggul

 
SMK Panggung Jaya, Gua Musang terletak jauh di pedalaman. Sekolah dikhususkan untuk pelajar Orang Asli. Sekolah Orang Asli pertama di Kelantan. Namun, pelajarnya bukan 100 peratus anak Orang Asli. Ada juga pelajar Melayu yang tinggal di kawasan berhampiran bersekolah di situ.
 
Sekolah ini semakin dikenali. Biarpun usia baru setahun jagung, SMK Panggung Jaya telah mencipta pelbagai kejayaan. Bukan kaleng-keleng kejayaan itu. Itu semua hasil usaha pengetua, pentadbir dan guru yang menyimpan tekad dan keyakinan tinggi untuk membawa sekolah tersebut setanding dengan sekolah-sekolah lain.
 
Berbekal semangat itu dan ditambah pula sikap pelajar yang sentiasa positif dan berjiwa besar, dalam masa singkat, SMK Panggung Jaya telah menempah beberapa kejayaan yang dibanggakan seluruh warganya.
 
Nur Asurizah Abd Kadir pula menjadi kebanggan warganya apabila menduduki tempat kelima peringkat kebangsaan di Pertandingan Pengucapan Awam Inspirasi Informasi Kerjaya dalam Simposium Amalan Terbaik Inovasi dan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Kejayaan lain ialah mendapat tempat pertama dalam 3 acara daripada 5 acara yang dipertandingkan (sekolah menengah) dalam Festival Semarak Bahasa Dan Sastera anjuran DBP, memberi erti yang cukup besar dalam usaha pihak sekolah untuk melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC).
 
Keputusan pertandingan dicipta warga SMK Panggung Jaya di festival tersebut:
 
Kategori murid
 
Pertandingan deklamasi sajak
- Johan
Fifi Fazaliana a/p Uda
- Tempat keempat
Nur Syafienaz binti Nazri
 
Pertandingan pintar bahasa
- Johan
Nur Syafienaz binti Nazri
Sherrendinashren a/p Along Adil
Siti Awara binti Johari
 
Pertandingan baca cita
- Naib johan
Norsyafika binti Abdullah
- Tempat ketiga
Armaliya binti Shamri
 
Kategori guru
 
Pertandingan mencipta pantun
- Johan
Nurulhuda binti Che Abdullah
- Naib johan
Norliana binti Zulkurnain
 
Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang diraih menjadi penyuntik semangat seluruh warga SMK Panggung Jaya mencipta sesuatu yang lebih hebat pada masa hadapan.
 
Gambar - Fifi Fazaliana a/p Uda menerima hadiah kemenangan kategori deklamasi sajak daripada Mohd Khairul Bahri Ismail (Pengetua)
 
SMK Panggung Jaya Sekolah Orang Asli Pertama di Kelantan
https://bicaramentari.blogspot.com/2021/11/swd.html  
 
Pelajar SMK Panggung Jaya cipta sensasi
https://cempakawaliman.blogspot.com/2023/10/dfr.html 

Dapat 1A sudah dikira hebat

Kejayaan anak Orang Asli dalam pelajaran

No comments:

Post a Comment