Thursday, 3 August 2023

ELOK TULIS PENDAPAT DI DINDING SENDIRI

 
Dunia media sosial memang terbuka kepada sesiapa menyertainya. Pun begitu, banyak aplikasi yang memberi pilihan kepada pengguna untuk menentukan siapa yang dia ingin berkawan atau membenarkan siapa yang boleh berhubungan dengannya melalui media sosial.
 
Banyak aplikasi membolehkan kawan atau sesiapa sahaja menulis komen ke atas kiriman (posting), selain dibenarkan kongsi dan suka.
 
Banyak di kalangan wargamaya mempunyai sikap suka komen atau memberi pandangan tentang apa yang orang lain buat. Ada yang ikhlas memberi komen yang baik, tetapi tidak kurang juga yang bersikap angkuh dan berlagak bijak apabila membuat komen.
 
Perbuatan itu sering kali meyebabkan suasana tegang dan perbalahan. Bahkan, ada juga merebak kepada pergaduhan secara fizikal dan menyebabkan kematian.
 
Sebenarnya, jika kita rasa tidak berpuas hati dan tidak setuju dengan kiriman, cara terbaik ialah jangan komen atau bantah di ruang komen.
 
Sebaiknya kita tulis bantahan dan pendapat kita di dinding sendiri. Kita dapat memberi penghujahan yang lebih baik apabila menulis di dinding sendiri. Dapat menulis dengan lebih tenang dan kemas.

No comments:

Post a Comment