Sunday 20 August 2023

PERTAHAN SEMANGAT PERSEKUTUAN

 
Malaysia adalah negara Persekutuan. Apa sahaja polisi semasa oleh kerajaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terpakai pada negeri-negeri lain yang bersekutu dalam Persekutuan.
 
Setiap negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu. Gunalah bidang kuasa tersebut untuk mentadbir negeri mengikut acuan pemerintahan yang diingini parti pemerintah negeri berkenaan.
 
Sebenarnya banyak tugas perlu dan boleh dilakukan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat. Semasa pilihan raya, setiap negeri ada manifesto sendiri. Tumpukan kepada tugas untuk menunaikan manifesto tersebut.
 
Apabila ada sesuatu bersifat Persekutuan, contohnya dalam kesatuan dalam menyambut Hari Kemerdekaan, bersatulah untuk menjayakan dalam kerangka besar semangat kemerdekaan.
 
Tindakan mana-mana negeri cuba mempromosi identiti tersendiri untuk sambutan Hari Kebangsaan adalah seperti satu percubaan untuk melemahkan semangat Persekutuan.
 
Adalah tidak bertepatan dengan semangat Persekutuan jika ada sesuatu yang bersifat Persekutuan ingin dijayakan mengikut acuan negeri.
 
Sebarang bentuk “mencabar” aturan ditetapkan Persekutuan akan mencutuskan sikap seumpama itu dalam hal-hal lain. Negeri akan mempromosikan perkara yang bertentangan dengan semangat kesatuan dalam Persekutuan.
 
Jika tidak dibendung atau dibiarkan ia akan mencetuskan “budaya” haluan berbeza Pusat dan Negeri dalam banyak perkara lain. Jika dalam hal sambutan Hari Kemerdekaan tidak boleh bersama, maka dalam hal-hal lain akan lebih-lebih lagi wujud perbezaan.
 



No comments:

Post a Comment