Setiap biji nasi adalah rezeki. Jadi,
jangan tinggalkan walaupun sebiji nasi di pinggan atau bungkusan. Itu adalah rezeki.
Jangan persia-siakan rezeki yang dikurniakan kepada kita. Kalau sepinggan nasi
yang jumlahnya ribuan biji boleh kita makan, mengapa pula dua tiga biji
ditinggalkan?
Mengutip setiap biji nasi yang masih ada di pinggan bukan menunjukkan kita lapar, tetapi itulah tanda kita menghargai setiap rezeki yang ada. Rezeki mesti disyukuri untuk mendapat berkat.
Kalau setiap biji nasi kita perlu habiskan, amat malang sekali apabila ada orang yang membuang nasi lauk yang masih banyak di pinggan. Hal ini banyak terjadi di majlis kenduri.
Ketika mengambil makanan dirasakan hendak makan sebanyak mungkin. Maklumlah percuma. Hidangan pula sedap belaka. Tetapi, apabila dimakan sedikit sahaja, terus rasa kenyang atau hilang selera. Maka, makanan itu dibuang. Satu amalan menunjukkan rasa tidak bersyukur.
Jauhi sikap tidak bersyukur. Hargai setiap rezeki yang ada. Semoga dengannya rezeki akan sentiasa bertambah dan diberkati.

No comments:
Post a Comment