Thursday, 23 February 2023

BACA DAHULU, KEMUDIAN BAHARU KOMEN

 
Kita bebas mengeluarkan pendapat berkaitan komen atau pendapat orang lain, terutama yang dikirimkan di media sosial. Komen itu bukan bermakna ingin berdebat tetapi sekadar memberi maklum balas kepada pendapat sahabat atau pihak lain.
 
Pun begitu, ketika memberi komen, faham betul-betul komen atau pendapat kawan itu. Kalau ia komen dalam bentuk tulisan, tidak kiralah ditulis di atas kertas atau di laman media sosial, boleh baca berulang-ulang untuk memahaminya.
 
Baca betul-betul dari segi ejaan, tanda koma dan tanda noktah. Tanda koma dan tanda noktah sering diabaikan oleh pembaca dalam usaha memahami maksud keseluruhan ayat.
 
Kena baca bermula perkataan pertama, setiap baris dan perenggan. Baca sampai habis baharu dapat faham keseluruhan maksud. Jangan baca tajuk sahaja. Jangan baca perenggan pertama sahaja atau membaca sebahagian sahaja.
 
Kalau setakat baca separuh atau sebahagian sahaja, ia tidak menunjukkan keseluruhan apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Jadi, pembaca yang demikian tidak “layak” untuk memberi komen.
 
Petua hendak mengelak salah memberi komen, selain membaca keseluruhan kandungan tulisan itu, pastikan ketika itu diri dalam keadaan tenang. Jangan ada prejudis kepada orang yang menanyakan soalan.
 
Semoga tenang dalam memberi komen.  

No comments:

Post a Comment