Pembeli tentunya ingin mendapatkan
ikan segar untuk hidangan keluarga. Ikan segar rasanya lebih asli dan lazat,
selain kandungan zat pemakanan yang kekal.
Salah satu lokasi untuk
mendapatkan ikan segar ialah di Pasar Tok Guru Cabang Tiga Pengkalan Chepa.
Pasar yang menjadi tumpuan penduduk Pengkalan Chepa dan kawasan sekitarnya.
Selain ikan, terdapat pelbagai jenis hasil laut turut dijual di sini.
Selain itu, daging lembu
tempatan juga ada dijual yang segar dan berkualiti tinggi. Tidak ketinggalan
ialah bekalan daging ayam dan daging itik.
Pembeli juga mudah
mendapatkan barang keperluan lain seperti sayur-sayuran, barang keperluan dapur,
barang masak kering dan sebagainya.
Di tingkat satu pula adalah
kawasan khas untuk menjual pelbagai jenis makanan, terutama kuih muih
tradisional Kelantan.
Sebelum dikenali sebagai
Pasar Tok Guru, ia dikenali Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa. Namun selepas
bangunan baharu dibina di tapak yang sama, namanya ditukar menjadi Pasar Tok
Guru, Cabang Tiga Pengkalan Chepa.
Bangunan dua tingkat itu menjadi
mercu tanda baharu di Cabang Tiga Pengkalan Chepa setelah siap dibina dan
beroperasi sejak 01 September 2018.
Pasar tersebut dikenali
Pasar Tok Guru sesuai dengan kedudukannya di Jalan Tok Guru yang dahulunya
dikenali Jalan Pengkalan Chepa.
No comments:
Post a Comment