Monday, 8 August 2022

TIDAK CUKUP SEKADAR KAGUM SAHAJA

  
Kita melihat orang yang berusaha tanpa henti. Hasilnya mereka berjaya mendapat apa diingini. 
 
Kita melihat orang yang berusaha bergerak ke hulu ke hilir melaksanakan tugas saban hari. Usaha itu menjadikan mereka hebat dan mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. 
 
Kita melihat orang yang berusaha konsisten bekerja sepenuh hati. Sebagai ganjaran usaha yang berterusan itu mereka membuahkan kejayaan yang diingini. 
 
Apa pandangan kita terhadap dia? Jauh di sudut hati kita pasti timbul rasa hormat dan kagum apa yang mereka lakukan. 
 
Persoalannya, apa pula status kita? Adakah cukup dengan sekadar kagum, tanpa kita turut melakukannya?

No comments:

Post a Comment