Wednesday, 4 December 2024

USAID BEKERJASAMA DENGAN BSMM KELANTAN BANTU MANGSA BANJIR

Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) ialah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang melakukan usaha pembangunan antarabangsa dan bantuan kemanusiaan kepada negara sahabat.
 
Kerjasama yang dilakukan melalui individu, komuniti dan negara di seluruh dunia untuk meningkatkan kehidupan seharian. Usaha USAID menyediakan bantuan kemanusiaan, mengurangkan kemiskinan, mengukuhkan tadbir urus demokratik, memajukan peluang ekonomi dan membantu mencapai kemajuan melangkaui program.
 
Aktiviti USAID memberi manfaat kepada orang ramai di seluruh dunia. Pelaburan USAID membantu mencapai kemajuan pembangunan mampan, memajukan keselamatan, kesihatan dan kemakmuran kolektif sejagat.
 
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan menjadi NGO pilihan USAID untuk mengadakan kerjasama dalam membantu mangsa banjir di Kelantan Disember 2024. Bantuan yang disalurkan merangkumi program semasa banjir dan pascabanjir.
 
Beberapa siri perbincangan dan tinjauan di lapangan telah dilakukan wakil USAID dengan pegawai BSMM Negeri Kelantan. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada mangsa-mangsa banjir dan mengukuhkan hubungan antara USAID dengan BSMM Negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment