Wednesday 30 October 2024

DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA

 
Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) diberikan kepada pegawai dan lain-lain pangkat (LLP) yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan Angkatan Tentara Malaysia (ATM). Selain itu ia juga diberikan kepada pegawai dan anggota dari negara asing atas gelaran kehormat.
 
Terdapat lima DKAT yang disenaraikan khusus bagi warga ATM yang terdiri daripada Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT).
 
Lima kategori tersebut ialah:
 
- Kelas Pertama: Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), dianugerahkan kepada pemerintah tertinggi ATM iaitu Panglima ATM, Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), juga pengurniaan kehormat kepada panglima-panglima tentera negara asing yang setaraf. 
 
- Kelas Kedua: Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), dianugerahkan kepada pegawai-pegawai ATM yang berpangkat Mejar Jeneral atau setaraf dan ke atas dan juga pengurniaan kehormat kepada pegawai tentera negara asing yang berpangkat setaraf.
 
- Kelas Ketiga: Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), dianugerahkan kepada pegawai-pegawai ATM yang berpangkat Kolonel dan Brigedier Jeneral atau setaraf dan juga pengurniaan kehormat kepada pegawai tentera negara asing yang berpangkat setaraf.
 
- Kelas Keempat: Kesatria Angkatan Tentera (KAT), dianugerahkan kepada pegawai ATM berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf dan ke bawah (lazimnya sehingga Kapten sahaja) dan juga pengurniaan kehormat kepada pegawai-pegawai tentera asing berpangkat setaraf.
 
- Kelas Kelima: Bentara Angkatan Tentera (BAT), dianugerahkan kepada anggota lain-lain pangkat (LLP) di dalam ATM (biasanya paling rendah sehingga Sarjan sahaja). Manakala anggota Pangkat (LLP) Tentera asing juga boleh dianugerahkan secara kehormat.
 

No comments:

Post a Comment