Monday 5 August 2024

KES JUDI DALAM TALIAN DI KELANTAN

 
Daerah Kota Bharu merekodkan kes judi 'online' tertinggi di negeri ini apabila sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun 2023. Daripada jumlah tersebut sebanyak 27 kertas siasatan telah berdepan pendakwaan. Lapan kes sudah selesai manakala dua lagi dalam siasatan.
 
Selain Kota Bharu, Pasir Mas merupakan daerah kedua apabila merekodkan 27 kertas siasatan diikuti Tanah Merah (24), Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10). Pasir Puteh dan Bachok masing-masing sembilan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2).
 
Untuk tahun 2024 sehingg Julai, 83 kes judi online telah direkodkan dan daripada jumlah tersebut, Pasir Mas serta Tanah Merah merekodkan kertas siasatan paling tinggi dengan 14 kes. Diikuti Kota Bharu 13, Bachok (9), manakala Tumpat, Pasir Puteh dan Machang masing-masing tujuh. Kuala Krai (6) dan Jeli serta Gua Musang (3).
 
Kesemua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


No comments:

Post a Comment