Nasihat
kepada wanita, tidak perlu fikirkan soal hendak menjadikan kulit putih. Jika telah ditakdir
berkulit gelap atau hitam, terimalah hakikat itu.Putih
bukan penentu kecantikan. Banyak Ratu Cantik Dunia adalah mereka yang berkulit
gelap. Di negara rakyat berkulit gelap, mereka berbangga dengan warna kulit
mereka sedemikian.
Dan,
paling penting Allah tidak pernah menilai hamba-Nya berdasarkan kepada warna
kulit. Sebaliknya yang menentukan mulia atau hina seseorang hamba adalah
berdasarkan kepada takwanya.
Kalaupun
berusaha mengubah sedikit tona kulit ke arah lebih cerah, jangan sampai
menggunakan produk kosmetik yang mengandungi merkuri.
Penggunaan
merkuri dalam produk pemutih akan mempercepatkan kesan wajah nampak putih.
Inilah kesan yang digilai oleh kebanyakan wanita hendak kelihatan putih dan
berseri.
Penggunaan
produk mengandungi merkuri menyebabkan kerosakan pada melanin yang berfungsi
untuk mencegah redikal bebas.
Melanin
menyebabkan kulit kita kelihatan kehitaman. Jika melanin rosak, itulah
menyebabkan kulit kelihatan lebih putih. Sebenarnya bukan putih, tetapi pucat
tanda kulit tidak sihat.
Produk
bermerkuri memberi kesan tidak timbul jerawat sama sekali. Keadaan
ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit sudah tidak
mengandung protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi radiasi paparan
matahar juga sudah tidak berfungsi, sehingga bakteria tidak mampu hidup kulit
yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun.
Jerawat
dalam keadaan normal adalah berfungsi sebagai indikator tingkat kandungan
protein di dalam kulit yang juga untuk mengawal perawatan kulit wajah, bila
anda lupa untuk melakukan kebersihan wajah, umumnya jerawat akan timbul. Jika
produk ada merkuri, keadaan ini tidak terjadi kerana struktur protein kulitnya
telah berubah dan rosak.
Pori-pori
tampak mengecil dan halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar
wajah kita telah menipis oleh logam merkuri yang sekali pandang kelihatan
mengecil dan halus.
Selain
kerosakan kepada kulit atau kanser kulit, merkuri turut memberi kesan menggangu
fungsi otak, kegelisahan dan gugup, kerosakan pada hati dan gingal, kecacatan
bayi baru lahir, serta menyebabkan keguguran dan kesan buruk lain kepada sistem
badan.
No comments:
Post a Comment