Sekali
air bah sekali pantai berubah. Begitulah keadaannya. Sebelum ini Ahli Parlimen
Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari antara yang lantang menyuarakan bantahan
terhadap kebenaran pengeluaran RM10 ribu wang simpanan KWSP.
Alhamdulillah,
jika dahulu desakan terhadap pengeluaran KWSP diibaratkan seperti Hikayat
Puteri Gunung Ledang, kini Ahmad Fadhli sudah
menerima hakikat tuntutan rakyat yang benar-benar susah dan amat memerlukan.
Atas
alasan apa beliau berubah pandangan terhadap perkara itu, itu tidak penting. Apa
yang difikirkan ialah tentang perlunya kelulusan itu diberikan. Apabila semakin
banyak pihak menyokong dan mendesak, diharapkan ia lebih cepat menjadi
kenyataan.
Kini
semakin banyak Ahli Parlimen sudah
bersama suara rakyat dalam soal tuntutan ini. Moga tuntutan dan harapan rakyat
untuk pengeluaran buat kali terakhir RM10 ribu KWSP segera diluluskan.
Mungkin Ahmad Fadhli berubah kerana dalam masa singkat sudah banyak kali
berlaku banjir besar belaku di negara kita. Kalau sudah kerap sangat berlaku
banjir besar, bukankan pasir akan berubah, rumah yang besar boleh dihanyutkan
air.
Peribahasa; sekali air bah sekali pantai berubah bermaksud jika berlaku pertukaran ketua, maka akan berubah jugalah dasar pentadbirannya, yakni setiap ketua ada pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment